Selasa, 12 Mei 2015

KRIM FIRMAX3

Krim untuk kesihatan, kecantikan dan pelbagai manfaat.

Akan dikemaskini kemudian.

Jumaat, 3 April 2015

INOVASI PRABAYAR TERKINI - ONEXOX

ONEXOX - Lebih Penjimatan tanpa caj tersembunyi!


1. Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh One XOX Sdn. Bhd.

2. Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar sah yang dilantik.  LOKASI PENGEDAR 
3. Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?
Ya, boleh. Ianya dinamakan MNP.

4. Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5 pada SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat sebarang tambah nilai?
Kredit tersedia RM5 terletak pada baki Akaun Utama (MA). SIM kad anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari tarikh pengaktifan dibuat.   STATUS AKAUN          TEMPOH SAH

5. Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.

Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut. 

Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin membuat pindahan kredit ke pihak lain.   

Cara memindahkan sebahagian DA ke MA (perkhidmatan ini adalah percuma): 

SMS ke 22111- TRNS<jarak>DA<jarak><amaun yg hendak dipindahkan>    

Contoh: TRNS DA 18
Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda. 

Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN & PERKHIDMATAN untuk gambaran lanjut.

6. Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.

7. Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?

Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, kedai-kedai 7-Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai 'XOX' ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga boleh dibeli secara perbankan online menerusi portal SELF CARE
8. Apa yang boleh dilakukan menerusi portal 'Self Care'?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan menerusi portal Self Care:
a. Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
b. Dapatkan bil terperinci.
c. Tambah nilai.
d. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
e. Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian, membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
f. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
g. Pengurusan 10 nombor 'Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal

9. Adakah pelan internet mudah alih (data) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan 'Blackberry Internet Service'(BIS). 

10. Adakah pelan data ONEXOX bersifat 'unlimited'?
TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) sehingga 4mbps muat turun mengikut had kuota data/hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada 'yang mana sampai dulu' iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.
Picture
11. Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?
SMS percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama sahaja (XOX & ONEXOX). Sila rujuk terma & syarat DISINI

12. Berapakah had bilangan nombor-nombor Famili & Rakan (FnF) yang boleh didaftarkan dan untuk rangkaian mana?

Anda boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran pertama adalah percuma. Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian tempatan termasuk talian tetap Telekom Malaysia (kecuali nombor-nombor premium 1-300 dan nombor-nombor telefon luar negara). Anda juga boleh membatalkan nombor dan membuat pendaftaran gantian. Walau bagaimanapun, setiap satu pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan caj RM1 pada baki MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.

a. Cara mendaftar FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>ADD<jarak><nombor telefon>
b. Cara menyemak senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>LIST
c. Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>DEL<jarak><nombor telefon>

13. Adakah saya layak mendapat kadar FnF jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
Ya, anda tetap akan menikmati kadar FnF walaupun menggunakan baki MA.

14. Bagaimanakah caranya untuk saya menebus SMS percuma daripada 'Loyalty Point'?
Top up yang anda buat akan menjana loyalty point. Setiap ringgit bersamaan 1 point; setiap 10 point yang telah anda kumpulkan boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.

Cara menebus SMS percuma:
a. SMS ke 22111- LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><bilangan SMS yang ingin ditebus>
Contoh: LYT RED SMS 12
b. Melalui SELF CARE

PELAN DAN PERKHIDMATAN

ONEXOX menawarkan pelan yang fleksibel bagi memenuhi keperluan telekomunikasi harian anda. Selain kadar biasa yang kompetitif, kami juga menawarkan lebih penjimatan keatas kadar rendah apabila  baki kredit di dalam Akaun Dedikasi digunakan. Beberapa denominasi tambah nilai yang dibuat akan dipecahkan ke Akaun Dedikasi dan Akaun Utama bagi memberi ruang penjimatan kepada anda. 

Picture

Kaedah caj:











Panggilan dan SMS dikenakan pada kadar rendah daripada baki Akaun Dedikasi. Kadar biasa daripada baki Akaun Utama dikenakan setelah ketiadaan baki di dalam Akaun Dedikasi.

Anda boleh memindahkan sebahagian amaun daripada DA ke MA untuk menggenapkan kredit MA bagi melanggan pakej internet mudah alih & membuat pindahan kredit MA ke pihak ke-3.

SMS ke 22111TRNS<jarak>DA<jarak>(amaun yang ingin dipindahkan)
contoh: TRNS DA 13
Picture



Kadar panggilan kepada nombor-nombor premium 1-300-xxx xxx


6pg-6ptg: 30sen/minit (blok 60 saat) daripada penggunaan baki DA atau MA

6ptg-6pg: 15sen/minit (blok 60 saat) daripada penggunaan baki DA atau MA
Picture
Picture


Nombor (KAD SIM) Prabayar Onexox Untuk Dijual :-

BIL NO. ONEXOX  HARGA CATATAN
1 010-342 4181 RM10 Telah dijual/Sold
2 010-342 4199 RM10
3 010-342 4239 RM10
4 010-342 4253 RM10
5 010-342 4293 RM10
6 010-342 4297 RM10
7 010-342 4303 RM10
8 010-342 4322 RM10
9 010-342 4426 RM10
10 010-342 4330 RM10
11 010-342 4490 RM10
12 010-342 4580 RM10
13 010-342 4581 RM10
14 010-342 4588 RM10
15 010-342 4620 RM10
16 010-342 4622 RM10
17 010-342 4660 RM10
18 010-342 4648 RM10 Telah dijual/Sold
19 010-342 4669 RM10
20 010-342 4766 RM10

Sesiapa yang ingin bertukar kepada pelan ONEXOX boleh hubungi 0111-3012126 atau 013-3372659. Anda juga boleh mengekalkan nombor telefon sedia ada tetapi dengan menggunakan pelan ONEXOX boleh juga menghubungi talian dinyatakan. Maklumat lanjut mengenai ONEXOX boleh layari www.onexox.my.

Khamis, 29 Mei 2014

FLAT UNTUK DISEWA DI BUKIT BERUNTUNG

FLAT UNTUK DISEWA


Flat 3 bilik untuk disewa di Bukit Beruntung. Flat ini terletak di kawasan Prima Beruntung dan juga flat Seri Terompet Bukit Beruntung. Terdapat kemudahan membeli belah Tesco, Pasaraya Grand Union, Speedmart 99 dan juga pasar malam setiap Rabu dan Sabtu di kawasan ini. Juga berhampiran masjid dan surau untuk kemudahan mengerjakan ibadat seperti solat Jumaat dan sebagainya.

Tesco Bukit Beruntung
Speedmart 99

Pasar raya Grand Union













Walau bagaimanapun, flat ini bukanlah kawasan laluan utama bas Metro dan SJ. Tetapi agak mudah untuk mencapai laluan bas dari kawasan ini. Penyewa perlu mempunyai sekurang-kurangnya motosikal untuk memudahkan pergerakan. Kemudahan stesen minyak Petronas dan Petron mudah dikunjungi tidak jauh dari kawasan ini. Walaupun kawasan flat ini agak sunyi polis peronda sentiasa ada setiap hari membuat rondaan.

Stesen Minyak Petronas
Stesen Minyak Petron
Sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin dan mencari-cari tempat tinggal segera bersama pasangan atau mereka yang baru mendapat kerja di kawasan ini dengan kos yang anda mampu. Terdapat jiran di hadapan flat ini. Flat ini hanya untuk penyewa Melayu sahaja. Sesiapa yang berminat sila hubungi 013-3372659 (Shukri).

Khamis, 24 Oktober 2013

Air Mutiara As-Syifa Berlabel Baru


AIR Mutiara As-Syifa Berlabel Baru.


Label Baru Air Mutiara As-Syifa
 Air Mutiara As-Syifa kini didatangkan dengan label baru yang lebih menarik dan mempunyai maklumat berguna untuk memudahkan rujukan kita yang mementingkan kesihatan. Pada label tersebut ditambah maklumat pengesan kesihatan organ yang akan memudahkan kita mengenali masalah biasa yang dialami oleh seseorang pengguna air ini.


Label Pengesan Kesihatan Organ


Di samping telah mempunyai label kod bar kali ini dilengkapi dengan tarikh luput yang memudahkan kita mengetahui status air ini sama ada boleh diminum ataupun sebaliknya. Walau bagaimanapun dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini air ini turut menerima kesannya.Harga runcit yang ditetapkan pada botol ialah RM5.00 di semenanjung Malaysia dan RM7.00 di Sabah dan Sarawak. Berminat boleh hubungi 013-3372659 (Shukri) atau sila berhubung dengan wakil jualan di bawah jika anda berada di kawasan berhampiran.

Wakil Jualan:- 
Kawasan Sungai Petani, Kedah - En.Muhammad Hanif Syafiq Ahmad - 019 9869846 atau 017 4496641
Kawasan Bukit Besi / Jerangau, Terengganu - En.Sulong bin Yahya - 013 9945630 atau 013 3870971  
Kawasan Bahau, Negeri Sembilan - En.Mohd Sayuti Sulong - 013 6627060
Kawasan Kajang, Prima Saujana - Pn. Maznah bt Seman - 019 2119494
Kawasan Pekan, Pahang - Pn. Zuraina - 019 9571344
Kawasan Kamunting, Perak - En. Rosdi Ahmad - 013 5043215
Kawasan Bukit Beruntung (Pembelian Runcit) - Farmasi Samudera Timur - 016 6617535

Nota: Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi stokis air Mutiara as-Syifa' di kawasan yang belum mempunyai stokis, boleh berhubung dengan saya dengan pembelian minima 30 kotak atau 50 kotak air Mutiara as-Syifa'. Penghantaran boleh dibuat dengan sedikit caj pengangkutan.

Pautan video Air Alkali Mutiara As-Syifa'

Pautan Video 1
Pautan Video 2
Pautan Video 3




Kebaikan:

1. Gigitan serangga berbisa - disapu pada bahagian gigitan. (basahkan pada tisu atau kain dan sapu)
2. Gout - diminum 2-3 botol sehari dan disapu pada bahagian sakit.
3. Sakit gigi - kumur dan kemam seketika.
4. Masalah telinga - dilembapkan pada putik kapas dan disapu pada sekitar dalam telinga.
5. Demam/denggi - diminum 2 botol sehari. Dilembapkan air pada tuala dan diletakkan pada dahi dan ketiak.
6. Sakit lutut/sendi - diminum 2-3 botol sehari.
7. Darah tinggi/ kencing manis/masalah jantung/batu karang/kencing tak lawas – diminum 2-3 botol sehari.
8. Kereta   – terbaik dijadikan ‘coolant’ & ‘anti-rust’ cecair radiator.
9. Resdung – diminum 2 botol sehari. Disedut ke dalam hidung & titis pada bahagian mata.
10. Selusuh – diminum 1-2 botol sehari. Diamalkan 2 bulan sebelum bersalin sehingga ketika hendak bersalin.
11. Demam kuning/kembung – hendaklah diminum oleh bayi dan ibu serta air dilapkan pada badan bayi.
12. Migrain/gastrik – diminum 2 botol sehari ketika perut kosong.
13. Awet muda/seri wajah – basuh pada muka.
14. Sembelit  – diminum pada awal pagi ketika perut kosong atau setengah jam sebelum makan.
15. Ahli sukan – diminum untuk menambahkan tenaga & mengelakkan kekejangan otot.
16. Masalah tulang – mengelakkan masalah tulang rapuh/osteoporosis.
17. Makanan berbisa – bebas mengambil makanan berbisa selepas meminum air mutiara as-syifa’ untuk        mengelak sebarang komplikasi. 

Khamis, 27 Jun 2013

Pemanis P3 Pengganti Gula


PEMANIS GANTI GULA 

Paket 6 botol.
100% asli dan semulajadi.
Ekstrak tebu hitam

Tiada kalori
Tiada kolestrerol
Tiada Karbohidrat
Tiada Saccharine

Tiada Bahan Pengawet


Sekotak 10ml  RM40.00


Cadangan Hidangan.

1 botol boleh menyediakan hidangan sehingga 300 cawan.
1 titis bagi secawan minuman kegemaran anda (panas atau sejuk)
Sesuai untuk semua jenis makanan (tanpa mengubah rasa)

Baik untuk sesiapa yang menghidap diabetes. Boleh menggantikan gula dan mengurangkan pergantungan kepada insulin. 

Sebotol = 300 titik. 
Setitik untuk segelas air.
3-5 titik untuk sebotol air suam 1.5 Liter.

Untuk diabetis, titikkan setitik di bawah lidah dan minum segelas air suam. Amalkan sestiap pagi. Amalan air suam yang dicampur dengan P3 sangat bagus untuk pelawasan.


Maklumat Produk

P3 SWEETENER adalah Pemanis 100% Pati Tebu Hitam Asli menggunakan teknologi NANO. P3 SWEETENER merupakan produk yang berasaskan pati asli manisan tebu hitam yang diformulakan melalui hasil penyelidikan sekumpulan saintis tempatan yang mana hasil kajiannya selama 5 tahun terhadap dextrose telah membawa kejayaan ke atas penemuan formula baru terhadap pati tebu yang mempunyai kadar yang minimum kalori, karbohidrat dan bebas lemak berbanding gula tebu biasa.


Penghasilannya ada 100% daripada tebu dan formulanya telah dipertingkatkan menjadikan sirap pemanis yang boleh menjangkau 600 kali lebih manis dari gula biasa. Sirap pemanis ini tidak dicampuri bahan pengawet dan penghasilannya sangat dititik beratkan tentang aspek kebersihan, kualiti dan cara pembungkusan. Ianya mempunyai kadar kemanisan lebih tinggi dari gula biasa tetapi hampir tiada kalori, lemak, kolestrol, protein, sukrosa, karbohidrat dan sakarin serta aspartame. 

P3 SWEETENER mempunyai kadar penerimaan kemanisan dalam sistem tubuh manusia mencapai 600 kali ganda berbanding gula biasa. Gula adalah rangkaian karbon positif dan negatif di dalam tubuh badan manusia. Menggunakan formula teknologi nano, zarah proton dan electron yang membentuk rangkaian karbon negatif dalam tubuh badan menusia dapat dileraikan.

P3 SWEETENER adalah pemanis tebu pertama di dunia yang dihasilkan menerusi TEKNOLOGI NANO. Teknologi bio-fizik yang digunakan dalam penghasilan P3 SWEETENER memastikan ianya disediakan pada pH 5.5 bagi mengelak terbentuknya karbon negatif sesuai dengan sifat semulajadi manusia yang turut mempunyai pH 5.5.

Penggunaan berterusan P3 SWEETENER membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah ke paras normal, menstabilkan tekanan darah kepada yang mempunyai tekanan darah tinggi.

P3 SWEETENER dibotolkan di dalam botol bersaiz 10ml di mana sebotol P3 SWEETENER dapat menghasilkan 300 titik atau 300 cawan hidangan minuman. P3 SWEETENER sangat sesuai digunakan seisi keluarga sebagai penganti gula dalam semua jenis minuman dan makanan. P3 SWEETENER bukan sahaja manis seperti gula, malah ianya sedap, lazat dan menyihatkan.

Maklumat Tambahan.

Gula dan minuman yang bergula akan dihurungi semut dalam masa yang cepat. Tetapi minuman dengan pemanis P3 Sweetener tidak akan didatangi semut. Malah titisan P3 juga tidak akan dihurungi semut. Cubalah buat.

Jangan terkejut selepas sebulan menggunakan P3 Sweetener, urin anda akan berwarna kuning jernih, tidak kuning pekat seperti biasa. Ini disebabkan ginjal dapat membersihkan cecair badan dengan lebih baik kerana tiada kandungan bahan kimia bahaya yang terdapat di dalam Pemanis P3. Sekaligus dapat membantu ginjal agar tidak terlalu teruk dan penat bekerja sekiranya kita banyak minum minuman manis berasaskan gula pasir.

Warna 1-3 adalah normal bagi manusia, tiada warna dalam urin tidak mungkin terjadi kerana urin normalnya akan mengandungi bahan buangan dari badan. Beralihlah kepada P3 Sweetener utk membantu meringankan tugas ginjal anda. Hentikan minum minuman bergula.

Umum makluman berkenaan peranan susu ibu dalam merawat sakit mata. Namun kini P3 Sweetener juga mampu memberi kesan yang sama. 

P3 Sweetener yang bersifat Antiseptik, Antioksidan dan Anti-radang akan membantu meredakan sakit mata selain menghalang pertumbuhan bakteria.


P3 Sweetener juga sesuai digunakan untuk rawatan penyakit kulit seperti jerawat dan bisul. Caranya cuma sapukan setitis P3 ke tempat yang mengalami jerawat atau bisul, ratakan, biarkan ia merawat tanpa meninggalkan sebarang kesan melekit atau warna yang tidak dikehendaki.


Juga sangat sesuai untuk merawat jerawat/bisul yang telah pecah, dengan kaedah yang sama, P3 akan membantu menghentikan darah dan menghalang percambahan bakteria.




Harga: RM40.00 Sebotol (10ml)

Harga: RM120.00 (3 botol 10ml) Sabah dan Sarawak RM125.00

Harga: RM240.00  sekotak ( 6 botol 10ml)

Berminat sila sms/hubungi : 013-3372659 (Shukri).


Isnin, 20 Mei 2013

Tamar Koko Pengganti MILO


Tamar Koko Pengganti MILO

Tamar Cocoa
Koko Pracampur Dengan Kurma.


Pandangan Depan

Pandangan Belakang
Harga RM20.00 sebungkus
 mengandungi 20 Saket Tamar Koko.


Saket yang terdapat dalam bungkusan.

Depan

Belakang

Tahukah anda?

  • v  Kurma membantu proses tumbesaran, merangsang minda kanak-kanak serta perkembangan otak  bayi.
  • v  Kurma dengan Zat Besi sangat sesuai bagi orang yang ada masalah Anemia. (Kekurangan Sel darah merah).
  • v  Kandungat salasilat (sejenis zat seperti Aspirin) dalam kurma didapati boleh bertindak seperti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan juga bertindak sebagai anti keradangan serta menurunkan tekanan darah. Malah ia juga boleh menjadi ubat penahan sakit dan demam.
  • v  Kaya dengan khasiat Protein, Serat, Glukosa, Vitamin A & C, Sodium serta Potassium.
  • v  Potassium dalam kurma penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • v  Koko melambatkan proses penuaan.
  • v  Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan.
  • v  Kesan Antioksida diperoleh daripada kandungan polyphenos yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau dikenali sebagai catechin yang merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.
  • v  Koko apabila dicampur dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat.
Sila hubungi/SMS : 013-3372659 (Shukri) atau kunjungi premis seperti alamat di atas.

B


Selasa, 14 Mei 2013

Max Power Revolution (MPR) Berwajah Baharu


Max Power Revolution Berwajah Baharu



MPR Biasa RM219.00

MPR HD RM299.00 (Promosi)


MPR Berwajah baharu dengan pertambahan produk baru telah diperkenalkan kepada peminat gajet aksesori kereta yang inginkan penjimatan penggunaan minyak untuk kenderaan masing-masing. Produk terbaru MPR ialah MPR HD iaitu untuk kenderaan 2.0 cc dan ke atas dengan menawarkan penjimatan bahan bakar sehingga 30%. MPR HD bermaksud MPR Heavy Duty. Berminat boleh hubungi/ sms : 013-3372659 (Shukri). Penghantaran melalui pos laju tambah RM6.00 (Semenanjung Malaysia).

Cara memasang MPR pada kenderaan anda:-
1. Pastikan enjin tidak dihidupkan dan suis dalam keadaan 'off.'
2. Cucuk MPR ke dalam soket pencucuh rokok.
3. Buka suis (lampu LED MPR akan menyala) dan hidupkan enjin.
4. Pastikan lampu LED MPR sentiasa menyala menunjukkan alat ini sedang berfungsi.

Jika mahu menggunakan MPR pada kereta lain dan ingin mencabutnya:-
1. Matikan enjin dan suis dalam keadaan 'off.'
2. Biarkan lampu LED MPR mati terlebih dahulu (jika masih menyala).
3. Jika lampu LED MPR sudah padam, cabut MPR.

Nota: Jangan cabut MPR semasa alat ini sedang berfungsi atau memasang alat ini semasa enjin sedang berfungsi. Perbuatan ini boleh membawa kepada kejutan kepada alat ini yang boleh menyebabkan kerosakan atau litar pintas dalam alat tersebut.